Saturday, December 09, 2006

CUCU CUCU NENEK

Nenek Manja.
Nenek mempunyai 8 orang cucu, iaitu termasuk aku, cucu lelaki sulungnya. Saat saat bahagia adalah apabila kami berkumpul bersama menikmati juadah dan masakan nenek yang amat menyelerakan. Kawan kawanku, mari aku merpekenalkan mereka bermula dari cucunya yang bongsu. :)
......
Atikah. - Cucu paling Mentel.
Si celik ini pernah ditangkap mewarnakan kuku-kuku jarinya dengan pensel pewarna apabila dia disuruh bersiap sedia untuk ke sekolah.
.....
Afiq- Cucu paling Nakal.
Abang ngah kepada Atikah ini, pernah cuba untuk menerjun ke bawah dari tingkat dua di rumah pangsanya ketika bermain 'kejar-kejar' bersama kawannya.
.....
Alim- Cucu paling Malas.
Along kepada dua adik beradik sebentar tadi, malas belajar dan selalu tidak dapat menghabiskan kerja sekolahnya yang diberikan oleh Cikgu.
.....
Sukma- Cucu paling Gembing.
Nama penuhnya 'Anta Ke Sukma' mirip nama seorang perwira yang gagah perkasa di Indonesia. Sebaliknya dialah cucu nenek yang paling gembing. Mudah megeluarkan airmata apabila ditengking begitu sahaja.
.....
Wanda- Cucu penuh Misteri.
Cucu nenek yang ini amat pendiam orangnya. Dia banyak berahsia dan tiada seseorang pun dapat memahami apa dia fikirkan. Nenek pernah berkata 'Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya'.
.....
Adi- Cucu paling Berjenama.
Anak tunggal ini telah dipergayakan dengan pakaian yang berjenama tinggi seperti 'Guess' ketika dia hanya berusia 1 tahun.
.....
Ziana- Cucu paling Tonggek.
Aduhai, tak terkata apabila terlihat betapa lentiknya tubuh si nona (kakak ku, cucu yang sulung) ini apabila dia memakai kebaya ketat. Nenek pernah berkata bahawa cucunya yang ini boleh mendapat ramai anak kerana ponggongnya yang besar.
.....
-Inilah kami-
Senyum Selalu

No comments: